Pages

Banner 468 x 60px

1
 

Tuesday, May 29, 2012

Pelancaran baju rasmi KPLM

0 comments
Setelah hampir 6 bulan ditubuhkan, pada hari ini Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM) telah pun melancarkan baju rasmi kelab yang selama ini amat ditunggu-tunggu oleh peminat. Walaupun pihak pengurusan telah melancarkan undian untuk memilih design dihalaman Facebook KPLM pada bulan Febuary lalu. diatas beberapa masalah teknikal, baru kini kami dapat melaksanakannya.



Untuk pengetahuan, tempahan hanya dibuka selama dua minggu sahaja iaitu dari 28 May 2012 sehingga 10 Jun 2012. Sekiranya anda berminat , anda boleh layari blog rasmi KPLM untuk membuat tempahan.

Berbanggalah anda untuk memiliki baju rasmi KPLM ini kerana disamping anda diantara peminat setia yang berjumlah lebih 10 ribu dihalaman dan lebih 2 ribu di group KPLM ini, anda jugalah pendukung setia pasukan kesayangan kita Liverpool FC.

Jadi apalagi nak ditunggu, tempahlah sekarang sebelum terikh akhir tempahan melabuhkan tirainya. YNWA

KLIK DISINI untuk membuat tempahan serta membaca terma dan syaratnya.

Teima kasih diatas sokongan yang anda berikan terhadap Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM) di halaman Facebook. Teruskan kesetiaan anda terhadap kami. Tanpa sokongan anda, KPLM tidak akan berkembang untuk meluaskan jajahannya dalam memberi info terbaik mengenai Liverpool FC khas buat tatapan anda. YNWA
Read more...

Friday, May 18, 2012

Misi pencarian pengganti King Dalglish

4 comments
Dalam masa dua musim ini, Liverpool seolah-olah sudah boleh disamakan seperti kelab-kelab jutawan yang sering bertukar jawatan pengurus dalam menepati citarasa pemilik kelab. Selepas pemecatan Rafa Banitez pada penghujung musim 2009/2010, Liverpool terus bermasalah dalam pencarian pengurus yang benar-benar berkualiti serta boleh membuat perancangan terkini dalam dunia bolasepak moden.

Roy Hodgson dan lagenda Liverpool sendiri Kenny Dalglish adalah antara dua orang yang menjadi mangsa keadaan setelah dipecat dari jawatan panas ini akibat sumbangan mereka yang jauh tersasar dari apa yang diharapkan. Dalam situasi ini Dalglish sememangnya tidaklah boleh nak persalahkan berdasarkan dia sebenarnya bukanlah dianggap sebagai pengurus bolasepak moden kerana sewaktu menerima lamaran mengejut FSG dulu, sudah lebih 10 tahun tidak memerah otak dalam bidang mengurus. Jadi sekiranya beliau diberi kepercayaan serta ruang yang lebih lama untuk mengurus, berkemungkina beliau akan berjaya melakukannya. 

Berlainan pula dengan situasi Roy Hodgson. Sewaktu pemilihan, beliau yang telah memenangi League Managers Association Awards (LMA Manager Of The Year) dan membawa Fulham menjadi naib juara Liga Eropah selepas tewas kepada Atletico Madrid pada tahun 2010 sememangnya boleh dianggap pemilihannya betul. Malangnya entah dimana silapnya, beliau gagal untuk memberi impak besar kepada Liverpool malah meletakkannya di zon merbahaya liga. Begitulah nasibnya dengan Roy Hodgson, walaupun berpengalaman luas dalam bidang pengurusan tapi tetap tidak berjaya memberi sesuatu yang istimewa.

Kini pencarian jawatan panas Liverpool ini kembali hangat diperkatakan diseluruh dunia. Banyak spekulasi meletakkan nama-nama besar dalam bolasepak eropah menjadi tajuk utama untuk dikaitkan dengan pemilihan ini. Mencari yang bertepatan dengan segala aspek sememangnya amat sukar. Ini kerana pengurus bukanlah tuhan yang boleh membuat semuanya 100% berjaya. Tetapi perlulah ditekankan bahawa ciri-ciri pengurus yang pernah membawa kelab-kelabnya menjuarai piala terutamanya kejohanan Eropah dalam masa sedekat ini adalah contoh yang terbaik. Bertepatan dengan kehendak FSG yang mahukan pengurus yang mampu untuk membangunkan Liverpool dalam jangkamasa panjang dan tidak bersikap seperti yoyo. Bijak dalam mencungkil bakat-bakat baru untuk digilap menjadi bintang dari akademi sendiri sudah pastinya satu bonus untuk pasukan dari terus sentiasa mengeluakan dana yang besar untuk membeli pemain bertaraf bintang. Dipendekkan cerita, tua biarlah aggresif dan muda biarlah berpengalaman.

Berikut adalah antara nama-nama yang sudah menjadi sebutan sepanas pisang goreng dilaman-laman web dan sosial. 

ROBERTO MARTINEZ - Wigan Athletic
Antara jurulatih muda yang mula mengukir nama dipentas bolasepak dunia. Beliau yang berumur 38 tahun adalah berasal dari Sepanyol. Ketika ini beliau adalah nama utama yang dikaitkan dengan Liverpool. Dari segi pengalaman, beliau masih lagi kurang dan berada terlalu jauh untuk dibandingkan dengan jurulatih muda yang lain. Mula berjinak-jinak untuk mengurus pada tahun 2007 dan telah membimbing pasukan Swansea City sehingga tahun 2009 sebelum menjadi pengurus Wigan sehingga kini. Jika diukur dari pengalamannya itu, beliau sebenarnya masih lagi kurang stabil dalam mengurus sesebuah pasukan besar. Bukan sahaja tiada sebarang piala yang boleh dibanggakan malah, malah prestasi yoyo yang ditunjukkan oleh pasukan bimbingannya juga menjadi kerisauan peminat Liverpool yang kurang berkenan jika beliau dipilih.



RAFAEL BENITEZ - (Tiada kelab - Free)
Siapa tidak kenal Rafael Benitez. Beliau adalah nama yang disebut-sebut peminat Liverpool untuk mengisi jawatan ini. Tak perlulah saya nak ceritakan apa kejayaan yang telah diperolehi olehnya. Anda sendiri sudah mengetahui dengan keupayaannya membimbing Liverpool sejak musim 2004-2010. Sedikit kelemahannya, beliau kurang sedikit dalam mencungkil bakat-bakat muda dari akademi Liverpool. Lebih banyak memberikan alasan dana yang kurang cukup apabila gagal untuk memberi impak terbaik kepada pasukan. Tetapi yang paling terbaik, kuasanya dipentas Eropah sememangnya kita rindukan. Boleh ke Rafa diterima oleh FSG.



ANDRE VILLAS-BOAS (AVB) - (Tiada kelab - Free)
AVB juga adalah antara jurulatih yang dikategorikan berjaya dan mampu untuk memberi persaingan terutamanya dalam kejohanan Eropah. Bekas anak didik Jose Mourinho yang berumur 34 tahun ini, telah berjaya memenangi kejuaraan tempatan dan liga Eropah sewaktu mengendalikan Porto. Tetapi seperti ada pemboikotan oleh pemain, beliau gagal menyerlah di Chelsea pada musim ini. Jika konsep jurulatih muda dan berkebolehan yang diinginkan oleh FSG, dialah calon yang layak seperti yang perkatakan oleh lagenda Liverpool John Barnes.



PEP GUARDIOLA - (Tiada Kelab - Free)
Berumur 41 tahun. Pep juga dilihat sesuai untuk meletakkan Liverpool kembali keasal. Walaupun kejayaannya di Barcelona disebabkan sudah adanya pemain-pemain bintang dari peninggalan Frank Rijkaard, tetapi beliau telah juga menyelitkan muka-muka baru serta berjaya untuk mengendalikan Barcelona menjadi kelab bolasepak no. 1 didunia. Mungkin pengalamannya dipentas Eropah dapat membantu Liverpool untuk kembali beraksi di Eropah dan juga kembali bertahta di EPL.



BRANDEN RODGERS - (Swansea City)
Pengurus Swansea City ini bukanlah antara nama besar yang boleh dibanggakan. Walaupun beliau mampu membawa Swansea untuk bermain di EPL pada musim 2011/2012 ini dan berjaya mengekalkannya, tetapi pengalamannya di Eropah amatlah terbatas. Corak permainan bertahan yang diperkenalkan juga akan membuatkan kita boleh menyamakannya seperti era Roy Hodgson.



PAUL LAMBERT - (Norwich City)
Beliau yang berumur 42 tahun nampaknya sedikit berpengalaman lebih dari Branden Rodgers. Walaupun beliau sama seperti Rodgers berjaya membawa Norwich untuk bermain di EPL musim ini, Tetapi jika dilihat prestasi Norwich juga sama sepeti Swansea. Jadi dipendekkan cerita prestasi Rodgers dan Lambert ini boleh dikatakan sama sahaja.



MARTIN O'NEILL - (Sunderland)
Selain Rafa, O'Neill adalah pengurus pilhan hati saya sejak Rafa dipecat dari Liverpool lagi. Gya sempoi yang boleh mengguna pakai pemain-pemain cikai untuk menjadi ternama memang mendapat pujian. Tanpa dana yang besar pun beliau berjaya mengemudi pasukannya menjadi pencabar dalam EPL. Tidakkah anda kenal James Milner, Gareth Barry, Ashley Young, dan Stewart Downing yang mencipta nama di Aston Villa hasil didikan beliau. Pengalamannya menjuarai liga Scotland ketika mengurus Celtic sedikit sebanyak membantunya untuk menjadi pengurus yang disegani. 



FRANK RIJKAARD - (Arab Saudi)
Prestasi bekas lagenda Belanda ini sebenarnya sukar juga untuk diramal. Bersifat seperti yoyo, beliau sering berpindah-pindah kelab untuk mengurus. Mungkin disebabkan kejayaannya membawa Barcelona menjadi ternama membuatkan beliau mula mendapat perhatian. Beliau jugalah yang telah berjaya membawa nama-nama besar di Barcelona sebelum melepaskannya kepada Pep. Tetapi kini nama beliau sedikit tenggelam akibat kerana telah mengurus pasukan Arab Saudi.



ALAN PARDEW - Newcastle United
Tak taulah kenapa Liverpool ni minat sangat mamat dari Newcastle ini. Dari Carroll dan Jose Enrique, Alan Pardew juga dikaitkan untuk ke Liverpool. Dari pandangan saya pengalamannya boleh diguna pakai. Byangkan dengan pemain-pemain cap ayam, mereka mampu menduduki tangga ke 5 pada musim ini. Bijak membeli pemain yang berharga murah tetapi berkualiti setaraf bintang. Tidakkah ia dinamakan pengurusan yang bijak.


Hanya ini sajalah nama-nama yang mampu untuk di kongsikan dalam isu panas pemilihan pengurus Liverpool ini. Kalau nak dikira memang ramai lagi yang terjebak, tetapi yang paling hangatnya sudah pastilah Roberto Martinez yang nampaknya semakin hampir ke Liverpool. Harap jangan dia menjadi Roy Hodgson kedua sudah ler. huhuhu. So antara nama-nama diatas siapakah pilihan anda. Saya sudah tentulah Rafa Banitez dan Martin O'Neill. Anda bagaimana?


Read more...

Thursday, May 17, 2012

Dulu marah Dalglish, kini marah Henry pula

4 comments
Beginilah episod sesebuah kehidupan samaada dalam kegiatan harian, ataupun didalam pertandingan yakni sukan. Sikap memaki mencaci serta tidak puas hati sering timbul apabila sesuatu keputusan berlaku diluar jangkaan.

Dulu masing-masing maki, kutuk dah marah Dalglish terhadap prestasi Liverpool yang tidak menentu. Majoritinya berpendapat Dalglish harus dipersalahkan 100% diatas segala kegagalan ini. Maka ada juga terkeluar suara-suara sumbang yang meminta agar Dalglish dipecat, letak jawatan dan pencen saja. Bila waktu menang, selori pula pujian yang diluahkan terhadap lagenda Liverpool ini. Tapi ia hanya seketika sahaja, Berbakul-bakul kembali hinaan terus dilemparkan kepada beliau.

Hari ini, tiba-tiba perasaan kepada Dalglish dulu berubah pula menjadi simpati. Kini mereka berpaling arah dan mula pula memarahi Fenway Sports Group (FSG) a.k.a John Henry sebagai pemilik Liverpool. Macamana mereka memaki Dalglish dahulu, begitu juga yang diterima oleh Henry. Itulah situasi yang berlaku kini setelah pemecatan lagenda Dalglish dari menjadi Pengurus Liverpool berkuatkuasa semalam.

Disini pada dasarnya SG bukanlah nak menyalahkan 100% apa yang diperkatakan oleh anti Dalglish ini. Malah  SG juga tidak mengatakan bahawa mereka yang sentiasa menyanjung lagenda ini betul kesemuanya. Bila kita renung diri kita kembali, siapalah kita disisi Liverpool FC untuk mengeluarkan kenyataan mengikut hati dan perasaan. Kita hanyalah sebagai peminat. Bukannya penyokong apatah lagi nak bau-bau bedak dengan ahli lembaga pengarah. Bukankan kata ada share ke apa dalam FSG ni, malah beli baju pun cap ayam made in Thailand yang tiada sebarang sumbangan kearah kelab. Jadi apa jua keputusan dan apa jua yang berlaku kita berserah sahaja kepada mereka yang layak menyelesaikannya.

Lumrah kehidupan. Sewaktu seseorang itu ada pasti adakalanya kita membencinya, tetapi sesudah kehilangannya pasti merinduinya malah akan berasa simpati terhadap nasib yang menimpa diri mereka. SG akui, SG juga adakalanya terlepas kata juga mengutuk Dalglish ini. Tetapi setakat ini apa yang SG perkatakan adalah berdasarkan fakta dan tak pernah pun untuk meminta Dalglsih dipecat. Hormat sebagai lagenda tidak semesti tidak boleh memperkatakan kesilapannya. Tetapi dengan semangat untuk terus memberi kepercayaan adalah lebih penting dari memberi tekanan. Tapi sayang, semuanya kini tinggal kenangan.


SG juga mengakui bahawa FSG dan Liverpool FC juga ada membuat kesilapan dalam situasi pemecatan ini. Mengapa baru kini berlakunya pemecatan, kenapa tidak diberi peluang kedua kepada beliau untuk menamatkan semusim lagi dalam kontraknya. Ia adalah lebih baik untuk kedua-dua belah pihak. Ataupun tak payahlah ikat kontrak dua tahun sewaktu Dalglish telah menamatkan separuh musim menyelamatkan Liverpool yang lemas akibat peninggalan Roy Hodgson. Bukankah niat utama semasa mula-mula perlantikan sekadar menjadikan Dalglish pengurus sementara. Sekurang-kurangnya jika tidak sambung kontraklah ketika itu, peminat pasti boleh menerima keadaan dan tujuan sebenar berdasarkan motif perlantikan mengejut beliau menjadi pengurus.

Disini SG sekadar berkongsi artikel dari Daily mail yang telah menyenaraikan 7 sebab mengapa Kenny Dalglish diberhentikan kontrak sebagai pengurus Liverpool


1) Gagal untuk bermain dengan baik dihalaman sendiri (Stadium Anfield)
-Liverpool hanya mengutip 30 mata daripada 19 perlawanan di tempat sendiri musim ini

2) Isu perkauman Suarez dan Evra
-Tindakan Kenny Dalglish yang banyak mempertahankan pemainnya hampir merosakkan reputasi Liverpool termasuk juga pihak penaja serta FSG.

3) Pembelian yang tidak masuk akal dan munasabah
- Gabungan pemain-pemain seperti Downing,Henderson,Charlie Adam dan Jose Enrique dengan jumlah £50juta tidak setanding dengan kualiti yang mereka miliki.

4) Andy Carroll
-Jika pemain itu mengekalkan prestasinya seperti musim lepas sewaktu berada di Newcastle, sudah tentu prestasi Liverpool dalam liga akan bertambah baik

5) Kehilangan Steven Gerrard
-Steven Gerrard hanya bermain 23 perlawanan di bawah kendalian Dalglish dengan kapten England itu lebih banyak berehat kerana mengalami kecederaan.

6) Tiada penyudah berkesan
-Pemain Liverpool adalah pakar dalam menyepak bola kearah tiang dan palang gol.  Ini terbukti apabila telah membuat 33 percubaan terkena tiang dan palang hanya dikira dalam persaingan liga sahaja. Sesetengahnya mungkin keran tidak bernasib baik namun sesetengah membuktikan bahawa penyudah mereka kurang mantap. Sekiranya tragedi ini tidak berlaku sudah pastinya Liverpool adalah antara kelab penyumbang gol terbanyak pada musim ini.

7) Strategi perlawanan dan pemilihan pemain.
-Dirk Kuyt dan Maxi Rodriguez jarang dipilih bagi skuad utama dan kita boleh lihat banyak tektikal dan corak permainan Dalglish yang diragui. Gagal menurunkan pemain mengikut kesesuaian perlawanan dan yang paling penting gagal menggunakan sistem pertukaran pemain dengan sebaiknya. (Terlalu memanjakan dan mempercayai hanya sebahagian pemain sahaja)

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Kita yang hanya sekadar peminat di Malaysia pun terasa kesedihannya, inikan penyokong fanatik di Merseyside yang dan beribu-ribu keluar duit untuk menyokong pasukan kesayangan kita ini, pasti lebih memilukan. Jangan samapi ada yang menangis airmata darah sudahlah. Bagi yang nak sangat Dalglish dipecat, pasti mereka senyum sampai ketelingakan. Tahniah kerana suara dan keluhan anda didengari oleh FSG.



Read more...

Dalglish ditendang keluar jua akhirnya

4 comments
Nak kata terkejut, memang dah boleh agak. Nak kata sedih, adalah sedikit tapi taklah sampai nak melelehkan airmata. Nak komen lebih-lebih, siapalah SG disisi Fenway Sports Group (FSG) dan Liverpool FC yang lebih memahami keadaan sebenar akibat kocek yang sudah koyak cuma sedikit sahaja yang ditampal. Itulah nasib yang berlaku kepada Lagenda merangkap pengurus pasukan Liverpool Kenny Dalglish yang telah ditamatkan kontrak sebagai pengurus dengan serta merta pada 16 May 2012.

Bila sukan telah menjadi perniagaan singkat untuk mengaut keuntungan, beginilah kisahnya yang pasti terjadi. Sikap pemilik yang tidak sabar dengan pulangan lumayan dari apa yang dilaburkan membuatkan beliau tidak mengira siapa mereka, pasti akan merasa kekejamannya.


Diawal meminta pertolongan, Dalglish dipujuk, dirayu serta dipuja untuk menyelamatkan nasib pasukan Liverpool yang jatuh kelubang kehinaan akibat kegagalan Hodgson membawa perubahan. Dengan rela hati walaupun sedang bercuti, Dalglish bergegas kembali untuk menghulurkan bantuan keatas pasukan kesayangannya ini. Dengan berbekalkan pemain yang serba tak jadi, ayam tambatan mencurangkan diri ke Chelsea, pembelian panik pecah tradisi dan Suarez wira dihati, Dalglish berjaya menyelamatkan maruah Liverpool hingga ketahap yang selamat walaupun tanpa sebarang hadiah kegembiraan yang boleh diberikan kepada FSG a.k.a John Henry. Tapi FSG faham, mereka bagi peluang lagi ikat kontrak 2 tahun.

"Aku punya duit, suka hati akulah nak buat apapun." Mungkin itulah kata-kata Henry

Dengan keyakinan dan ayat power Dalglish dan Comolli, berjuta-juta duit lagi dikeluarkan dalam pembelian yang indah rupa dari khabar. Nasib baik kuda tua yang dapat secara percuma itu dapat cover sedikit kegagalan  hasil pembelian besar-besaran ini. Awal tahun 2012 bila tiada shopping pemain dilakukan, kita sudah boleh agak, Dalglish tak lama jer lagi ni jadi pengurus. FSG ikat kos untuk Dalglish habiskan musim dengan tunggul kayu yang ada. Ingat bila dah bagi piala Mickey Mouse tu, Dalglish boleh tidur lena, rupanya target FSG untuk layak ke liga Juara-juara musim hadapan hancur berkecai dengan keputusan perlawanan yang jauh dari harapan. Tapi Dalglish maintain, masih lagi boleh cover dengan FA Cup. Malangnya dalam FA cup, Linesman pula buat hal. Memang sepatutnya linesmanlah yang harus disalahkan dengan pemecatan Dalglish ini. huhuhuhu.

Banyak-banyak gambar KD, gambar inilah yang paling terharu untuk dilihat

Tak apalah Dalglish, bila dah tua-tua ni, anda sepatutnya duduk-duduk sahaja di bangku penonton dan terus menjadi duta Liverpool. Tak payah dah nak fikir-fikir untuk nak mencipta nama yang sedia terukir tu. Bagi sahaja kepada sesiapa yang difikirkan sesuai oleh FSG dan Liverpool FC. Tapi yang pastinya kali ini FSG tidak akan mendengar permintaan peminat seperti kisah Dalglish dahulu. So tak payahlah nak pekik-pekik nama RAFA BANITEZ ke, PEP GUARDIOLA ke hatta JOSE MOURINHO sekalipun kerana FSG dah tau, mereka-mereka ini tak boleh berjuang tanpa dana yang besar. Jadi siapa pun FSG nak pilih, lantaklah. Duit mereka, kita ni hanya peminat jer. Walaupun dihati ini, teringinkan Rafa kembali. Paling tidak pun Martin O'neill yang bijak memilih pemain walaupun main kutip-kutip je dari tepi jalan. Tapi apakan daya. Siapalah suaraku ini.....


*walauapapun terjadi, Liverpool tetap dihati.. YNWA...

Dalglish adalah pengurus ke 37 untuk musim 2011/2012 ini yang ditendang keluar dalam liga England
  1. August 25 - Peter Jackson (Bradford City)
  2. September 18 - Peter Reid (Plymouth)
  3. September 23 - Sean O'Driscoll (Doncaster)
  4. October 2 - Steve McClaren (Nottingham Forest)
  5. October 3 - Keith Millen (Bristol City)
  6. October 14 - Steve Cotterill (Portsmouth)
  7. October 24 - Sven Goran Eriksson (Leicester)
  8. November 10 - Dario Gradi (Crewe)
  9. November 14 - Gary Johnson (Northampton) 
  10. November 15 - Nigel Pearson (Hull)
  11. November 30 - Steve Bruce (Sunderland)
  12. December 6 - Mick Wadsworth (Hartlepool)
  13. December 14 - Phil Brown (Preston)
  14. December 19 - Steve Eyre (Rochdale)
  15. January 3 - Paul Buckle (Bristol Rovers)
  16. January 8 - Neil Warnock (Queens Park Rangers)
  17. January 9 - Terry Skiverton (Yeovil)
  18. January 24 - John Coleman (Accrington Stanley)
  19. February 1 - Simon Grayson (Leeds)
  20. February 13 - Mick McCarthy (Wolves)
  21. February 18 - Martin Allen (Notts County)
  22. March 1 - Gary Megson (Sheffield Wednesday)
  23. March 4 - Les Parry (Tranmere)
  24. March 4 - Andre Villas-Boas (Chelsea)
  25. March 5 - Jamie Pitman (Hereford)
  26. March 17 - Paul Peschisolido (Burton)
  27. March 18 - Gary Simpson (Macclesfield)
  28. March 19 - Andy Scott (Rotherham)
  29. March 25 - Lee Bradbury (Bournemouth)
  30. April 9 - Steve Evans (Crawley)
  31. April 16 - Lawrie Sanchez (Barnet)
  32. April 30 - Brian Horton (Macclesfield)
  33. May 8 - Nick Barmby (Hull City)
  34. May 8 - Andy Hessenthaler (Gillingham)
  35. May 11 - Richard O'Kelly (Hereford)
  36. May 14 - Alex McLeish (Aston Villa)
  37. May 16 - Kenny Dalglish (Liverpool)




Read more...

Kapten England - Impian Gerrard tercapai

0 comments
Dalam pelbagai spekulasi hangat yang berlarutan semenjak tragedi FA England menarik kembali lilitan ketua pasukan dari John Terry, Gerrard, Scott Parker dan Rio Ferdinand adalah antara nama yang disebut-sebut untuk mengalas jawatan ini. Walaubagaimanapun akhirnya tugas kapten ini sudah sah diamanahkan kepada Steven Gerrard.

Mungkin tuah Gerrard mendapat penghargaan ini. Bersandarkan bekas bos Liverpool Roy Hodgson yang baru mengambil alih tugas kerusi panas yang ditinggalkan oleh Fabio Capello, nampaknya Hodgson lebih memahami kepimpinan yang menjadi tauladan bekas anak didiknya di Anfield ini. Jadi dengan hasil kerjasama dalam sebuah pasukan sebelum ini, memudahkan lagi Hodgson untuk menurunkan ilmu serta amanah kepada Gerrard dalam mengemudi pasukan England di EURO 2012 nanti.


Disebalik pasang surut mutu permainan Liverpool musim ini, tanpa disangka 4 pemain liverpool telah dipilih oleh Hodgson dalam skuad utamanya. Selain Gerrard, tiga lagi pemain yang telah dipilih ialah Glen Johnson, Stewart Downing dan juga Andy Carroll. Carroll yang memulakan musim 2011/2012 dengan penuh kekecewaan, bangkit membuktikan kewibawaannya sewaktu Liga premier menghampiri penghujungnya membuatkan Hodgson teruja untuk mengandingkannya bersama Shrek. Dalam senarai tambahan disaat kecemasan (stanby), Jordan Henderson adalah antara nama yang tersenarai menjadikan kesemuanya 5 pemain Liverpool telah tersenarai pada kali ini.


Mungkin kita kurang nampak keberkesanan mereka ini dalam kelab, tetapi siapa tahu hasil pembelajaran dengan sifu Dalglish dapat diterjemahkan dalam skuad England. Harap Steven Gerrard akan bertambah fantastik dalam tugasnya mengemudi kapal England di EURO nanti. Boleh menang ke?.. Gerrard punya pasal, sokong tetap sokong..
Read more...

Wednesday, May 16, 2012

Nasib Dalglish masih diawangan

2 comments
Nasib Kenny Dalglish yang telah kembali dari perjumpaan bersama pemilik Liverpool John Henry masih lagi belum jelas dan menjadi tanda tanya pelbagai pihak.  Dalam spekulasi yang bertiup kencang bahawa berkemungkinan Dalglish akan diarahkan untuk meletak jawatan secara rela atau dipecat secara paksa untuk digantikan oleh pengurus Wigan Roberto Martinez, masih tiada sebarang luahan isi hati yang terkeluar dari mulut baikpun Dalglish, John Henry dan juga Tom Werner.

Berdasarkan situasi semasa, sebulan sebelum ini, Tom Werner menyatakan bahawa beliau dan Henry masih yakin dengan kebolehan Dalglish mengurus dan mereka tetap memberi sokongan penuh terhadap beliau. Tetapi perlu diingat kenyataan itu keluar sebelum berlangsungnya perlawanan akhir FA cup, dan selepas gagal memenangi piala terbabit, sokongna boleh jadi sebaliknya.

Seperti yang kita tahu, pada musim ini pasukan Liverpool jauh tersasar dari apa yang diharapkan dan dilaburkan oleh FSG. Sudah pastinya Dalglish dan Steve Clarke perlu menjawab soalan-soalan maut dari FSG yang telah mengeluarkan perbelanjaan besar lebih £ 200 juta dalam memiliki kelab serta pembelian pemain tetapi hasilnya cukup mengecewakan. Sasaran utama untuk menduduki empat terbaik liga dalam melayakkan ke liga juara-juara musim hadapan hancur berkecai. Malah tewas 14 kali dalam kempen liga musim ini serta menduduki tangga ke-8 adalah yang terburuk sejak 18 tahun lalu. Disamping itu juga dengan memungut 52 mata pada musim ini, ia adalah paling terendah semenjak musim 1953/54.

Dalglish tidak ikut serta Steve Clarke, Tom Werner dan John Henry sewaktu menyaksikan perlawanan ini

Jika sebelum ini, Damien Comolli dan Peter Brukner sudah ditendang keluar akibat kegagalan mereka membuktikan kebolehan masing-masing, tidak salah rasanya kalau FSG juga bakal berbuat sedemikian terhadap Dalglish. Tetapi harapannya dengan menjuarai 1 piala pada musim ini sedikit sebanyak dapat melembutkan hati John Henry untuk terus memberi kepercayaan kepada Dalglish.

Cerita-cerita kosongnyalah. Seandainya Dalglish dipecat adakah Roberto Martinez mampu mengalas cabaran di kerusi panas ini. Bagi SG dengan corak dan penampilan pasukan Wigan ini, bukanlah ia sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Martinez. Dipendekkan cerita, Martinez adalah tidak layak untuk mengisi kekosongan tersebut. Kalau boleh panggillah balik Rafa Banitez yang telah membuktikan kebolehan beliau. Kalau tak pun SG lebih suka Martin 0'Neill untuk meneruskan kesinambungan zaman pembangunan Liverpool. Bagi anda siapa pula?
Read more...

Game 18 MSL 2012 - Selangor 2-1 Felda United

0 comments
Selangor kembali bangkit untuk memberi saingan dalam Liga Super apabila berjaya menewaskan Felda United dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Pada perlawanan ini Irfan Bakti telah menurunkan kesebelasan yang berbeza sewaktu tewas kepada Perak tempoh hari. Mengunakan formasi 4-1-4-1, nampaknya corak permainan kali ini lebih mantap dan berkesan dari segi kawalan bola, menyerang dan bertahan.

Meninggalkan Amri Yahya, Razman Roslan dan Norazlan dibangku simpanan telah memberi barisan baru yang lebih bersemangat terutamanya dibahagian tengah. Gandingan Gurusamy, Azidan dan Safiq Rahim telah menunjukan persefahaman yang baik dalam mengemudi pasukan Selangor.

Gol pertama Selangor hadir melalui Azidan pada minit ke-37 selepas memanfaatkan bola muntah hasil percubaan Amirulhadi yang gagal ditangkap kemas penjaga  gol Felda United Hamsani Ahmad. Walaubagaimanapun bekas pemain Selangor Farderin Kadir berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma yang juga gagal diselamatkan oleh Geevanathan pada masa tambahan separuh masa pertama.

Azidan muncul menjadi wira Selangor apabila berjaya membuatkan tandukan terbangnya untuk menanduk masuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke 48. Tetapi selepas itu, tiba-tiba sahaja pasukan Selangor sudah hilang selera untuk mengawal permainan dengan membiarkan pemain-pemain Felda United pula membuat serangan. Dengan keberkesanan pertahanan dan bantuan pemain-pemain tengah, Selangor berjaya juga mempertahankan keputusan 2-1 ini hingga tamat perlawanan.


Read more...

Tuesday, May 15, 2012

33 tahun. Sudah tuakah aku ini?

2 comments
Pejam celik, pejam celik tak sangka pula sekejap benar masa berputar. Rasanya masih lagi muda remaja tetapi rupanya dah tua bangka. hehehehe. Hari ini 15 Mei 2012 genap usia SG 33 tahun. Berkali-kali SG cuba mengira betul ke SG ni dah setua ini. Aduhai, berat sungguh mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bukanlah disini SG tak boleh nak terima kenyataan dengan angka 33 tu, tetapi bila kehidupan seharian kita ni sentiasa dipenuhkan masa dengan aktiviti, sudah pastinya sesuatu yang dianggap remeh pasti dilupakan. Kalaulah wife tak bagi kiss sambil wish bestday masa nak pergi kerja malam tadi, rasanya memang terlupa kot hari ni hari lahir SG. Thanks my wife.

Tapi yang meletihkannya diawal-awal hari ini, macam-macam pula telah berlaku. Opis tetiba saja black out pagi-pagi buta. Puaslah nak hidupkan generator, tapi genarator pun rosak. Dah ler demam yang SG alami ni belum pulih sepenuhnya, broadband pun nak buat hal. Dah tu tayar motor pancit. Puas pagi pusing-pusing 3 kampung cari workshop yang buka. Bila buka, tiub pula tak ada. 1 jam lebih barulah settle masalah motor dan boleh balik rumah. Aduhai, dugaan diawal pagi ulangtahunku. Tapi Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan jayanya.

Bila buka FB, dah bersepah sahabat-sahabat mengucapkan selamat kat SG. Terima kasihlah diatas kesudian dan perihatinnya terhadap diri SG ni. Mana-mana yang sempat reply, ok ler. Tapi kalau tak reply tu, janganlah marah yer. So tiada apa plan pun untuk hari ni. Siang wife kerja & anak pun sekolah. So nak celebrate pun, nanti-nantilah. Mungkin minggu hadapan sekali celebrate dengan birthday wife pada 21 haribulan nanti. Kalau nak buat asing-asing kang muak pulak nak makan kek dalam masa seminggu ni. So jimat kos dan masa sudah pastinya dibuat sekali saja.

Apapun dengan umur 33 tahun ni, walaupun dan tua tetapi SG tetap juga macam dulu. Jiwa mesti sentiasa muda. Barulah awet muda namanya. Tetapi tak semestinya bila berjiwa muda, terlupa pula yang pintu kubur tu sentiasa melambai-lambai. Jadi walaupun jiwa ini muda, fikiran mestilah matang setaraf dengan usia yang dah dilalui ini. Semoga dengan pertambahan usia SG ni Allah akan memanjangkan usia dan memberi lebih rezeki serta keberkatan dalam kehidupan SG sekeluarga. Semoga SG terus tabah utuk menghadapi kehidupan yang mendatang ini...

p/s: Terlupa pula. Happy besday ke 38 tahun khas untuk SJ merangkap kakak kesayanganku. Besday beliau adalah semalam 14 Mei. Selang sehari saja dari SG. Kalau dulu zaman bujang trang tang tang, ada juga ler sambut sama-sama. Ni masing-masing ada keluarga sendiri so, susah ler nak join sekali. Semoga Allah melimpahi rezeki yang melimpah ruah dan panjang umur keatas SJ yer..muahhahahha
Read more...